Seseorang yang betul-betul ikhlas dalam persahabatan, seseorang yang begitu menghargai aku.
Kakiku selalunya sakit pada waktu malam terutamnya pada cuaca yang sejuk. Tak pernah aku lupakan kisah malam tersebut. Haish, gaya mcm org yang cerita balik pasal malam pertama pula, haha, pada malam tersebut lagi tu. Kesakitan yang dialami cukup mencabar kesabaran aku, segala assignment dan kerja diketepikan.
Baring di atas katil dalam bilik kamsis Politeknik, mulut tak habis-habis bising atas kesakitan yang dialami. Hati berbisik, adoi sakit yang teramat sekali, alangkah bagus kalau mak ada kat cni, nak pula suruh mak tolong urutkan.
Dalam keadaan yang separuh sedar, tiba-tiba datangnya seorang gadis yang cantik molek serta ayu lagi, dia duduk di hujung katil aku. Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, dia menghulurkan tangan untuk mencapai kedua-dua belah kaki S.Ling, seterusnya mengurut kedua-dua belah kaki aku dengan perlahan.
Tanpa mengeluarkan sepatah kata, air mataku menitis... Perasaan kasih sayang memenuhi sepenuh jiwaku.
Aku terharu, aku bagaikan anak manja yang penuh dengan kasih sayang. Tidak pernah aku lupakan pernah adanya seseorang yang berbuat demikian dengan aku.
Ini adalah hadiah yang saya sediakan untuk Meei Jiun. Siput yang dikumpul dari pantai Mukah Penipah disusun rapi di atas si monyet yang comel itu yang bernama May June. Meei Jiun adalah makhluk yang agak pelik ckit bagi aku, dia hanya suka pada benda yang lain daripada lain. Mula2, terfikir nak belikan hadiah yang disukai oleh kebanyakkan budak perempuan, tapi dia bukan "test" gitu pula, tu lah susah sgt nak belikan sediakan hadiah yang special baginya.
Last-last, aku terjumpa si monyet yang "sejibi" dgn patung monyet kesayangan yang sentiasa berada di sisi dia, rasanya benda tue jer kot yang dia minat,haha...
Sebelum pkol 12, aku kumpulkan semua member kita orang, dah rancang nak buat surprise dah tue. Tepat pada pukul 12 pagi, kami sekelompok budak nakal ni menceroboh bilik Meei Juin. Pintu Meei Juin diketuk dengan kuat, setelah pintu dibuka, kami serbu masuk ke dalam biliknya serta menyanyikan lagu hari jadi untuknya.
Meei Juin yang baru terjaga dari tidur amat terkejut dengan tindakan kami tersebut dan menunjuk muka kurang puas hati dengan kita orang yang "kurang ajar" buat kacau dengan ketukan pintu yang tak tentu pasal. Dia hanya mampu terganga di situ buat beberapa saat.
Waktu "celebration" dijalankan. Bilik Meei Juin dipenuhi dengan suara ketawa. Kami bising, kami teriak untuknya, nasib baik tidak dikenakan tindakan oleh warden.... :)
Walaubagaimanapun, sebelum saya tinggalkan poli, wujudnya sedikit konflik antara kita berdua. Sedih sangat-sangat...
Bagi Siew Ling, bukan senang untuk kita berjumpa dengan seseorang yang betul-betul boleh saling memahami yang sesuai untuk dijadikan kawan sejati. Konflik tersebut tak pernah dikemukakan. Tiada pertelingkahan, tiada pergaduhan, tiada segalanya, yang ada hanya hubungan yang semakin regang dan berjauhan... aku betul-betul sedih ...
Sehinggalah... ... Alangkah kejamnya hati si gadis ini, sanggup mengeluarkan perkataan yang agak menyakitkan hati :
" Aku tidak lagi pentingkan dikau seperti mana yang kau pentingkan aku, aku jinak dengan sifat kau. "
Sakitnya hati bagaikan pisau menusuk hatiku, aku nangis semalaman selepas menerima mesej sebegitu daripadanya. Apakah salah aku? Aku hanya tidak mempunyai sifat tetap, aku just sentiasa bersifat berubah-ubah, adakah semua ini salah? Aku konfuse, sampai hati kau mengeluarkan patah perkataan sebegitu??? Sanggup kau! kejam kau!
Anyway, selepas konflik dalaman dengan diri sendiri selama seminggu lebih, aku juz nak meluahkan perasaan di sini: "aku tak menyesal sebab pernah berkawan dengan kau. Kau tetap Meei Jiun yang special dalam hati aku, "Friends" tak perlu menimbang SIAPA yang SPEND LEBIH, ia hanya boleh ditimbang dari segi keikhlasan yang berkekalan."
Anytime u need a friend, just think about me. . .
http://www.youtube.com/watch?v=fNxXyKjiyoQ
Anytime u need a friend, just think about me. . .
http://www.youtube.com/watch?v=fNxXyKjiyoQ
Sekurang-kurangnya... ...
Sebelum aku tinggalkan poli, sebelum aku betul-betul tinggalkan dikau, aku pernah cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan kau... Sekurang-kurangnya... ... ... ... ...