Saturday 23 July 2011

Malam Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

MALAM JABATAN KEJURUTERAAN AWAM    




Add caption




     Malam JKA adalah malam Jabataan Kejuruteraan Awam yang diadakan khas untuk penyertaan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam.  Pelajar semester satu hingga semester enam adalah diwajibkan hadir pada malam yang indah.


     Malam JKA diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi setiap semester.  Malam JKA ini diadakan sekali bagi setiap semester.  

     Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu berjaya mendapat pointer 3.50 ke atas akan menerima anugerah Ketua Jabatan pada malam tersebut.  Saya adalah antara pelajar yang cemerlang dalam semester satu dan dua, hihi ^^


     Gelaran dan anugerah serta Sijil penghargaan akan diberikan pada malam tersebut.




     
          Tema pada malam tersebut adalah malam sekampung.  Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian kampung untuk dipertandingkan pada malam tersebut.  Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pelajar yang menepati tema pada malam tersebut.  


     Hahaha, video di  atas menunjukkan beberapa orang pensyarah kami dari Jabatan Kejuruteraan Awam.  Pensyarah-pensyarah dari Jabatan kejuruteraan Awam dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang diadakan serta merasmikan majlis penyerahan sijil anugerah ketua jabatan pada malam yang mulia itu. 

     Beberapa orang pensyarah yang biasanya kelihatan tegas dan garang telah meletakkan ego mereka seketika bagi menyambut malam kejuruteraan awam bersama-sama pelajar dengan keadaan yang lebih selesa.  Ini bermakna tiada wujudnya jurang di antara pelajar dengan pensyarah pada malam tersebut.  Keadaan ini membantu dalam mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dengan pensyarah dalam sesebuah Jabatan. :)



          Yang berada di dalam gambar yang ditunjukkan di atas ini pula adalah kawan rapat saya di Politeknik Mukah Sarawak. Nama diberi, Chin Meei Juin, dan orang panggil dia May June July. ^^  Dia merupakan pelajar top 1 dalam Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Mukah.  Dia berjaya mendapat pointer sebanyak 3.84 pada semester 1 dan seterusnya mendapat pointer sebanyak 3.93 pada semester kedua.  Chin Meei Juin, pelajar cemerlang dalam Politeknik Mukah Sarawak.  Saya telah meletakkannya sebagai contoh kepada diri sendiri.  Sifat-sifat kecemerlangan yang dimiliki harus dicontohi. ^^

No comments:

Post a Comment