Wednesday 27 July 2011

May June July

     tick tock, tick tock... ... Pengiraan jam untuk sambutan hari jadinya. Siapakah itu?  seseorang yang agak istimewa buat kehidupan aku... ^^ May Jun July, ini adalah nama panggilannya buat aku, hihihi...

     Seseorang yang betul-betul ikhlas dalam persahabatan, seseorang yang begitu menghargai aku.
 
     Kakiku selalunya sakit pada waktu malam terutamnya pada cuaca yang sejuk.   Tak pernah aku lupakan kisah malam tersebut.  Haish, gaya mcm org yang cerita balik pasal malam pertama pula, haha, pada malam tersebut lagi tu.  Kesakitan yang dialami cukup mencabar kesabaran aku, segala assignment dan kerja diketepikan.

     Baring di atas katil dalam bilik kamsis Politeknik, mulut tak habis-habis bising atas kesakitan yang dialami.  Hati berbisik, adoi sakit yang teramat sekali, alangkah bagus kalau mak ada kat cni, nak pula suruh mak tolong urutkan.

     Dalam keadaan yang separuh sedar, tiba-tiba datangnya seorang gadis yang cantik molek serta ayu lagi, dia duduk di hujung katil aku.  Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, dia menghulurkan tangan untuk mencapai kedua-dua belah kaki S.Ling, seterusnya mengurut kedua-dua belah kaki aku dengan perlahan.
   
     Tanpa mengeluarkan sepatah kata, air mataku menitis... Perasaan kasih sayang memenuhi sepenuh jiwaku.  

     Aku terharu, aku bagaikan anak manja yang penuh dengan kasih sayang.  Tidak pernah aku lupakan pernah adanya seseorang yang berbuat demikian dengan aku.

   
     Ini adalah hadiah yang saya sediakan untuk Meei Jiun.  Siput yang dikumpul dari pantai Mukah Penipah disusun rapi di atas si monyet yang comel itu yang bernama May June.  Meei Jiun adalah makhluk yang agak pelik ckit bagi aku, dia hanya suka pada benda yang lain daripada lain.  Mula2, terfikir nak belikan hadiah yang disukai oleh kebanyakkan budak perempuan, tapi dia bukan "test" gitu  pula, tu lah susah sgt nak belikan sediakan hadiah yang special baginya.

     Last-last, aku terjumpa si monyet yang "sejibi" dgn patung monyet kesayangan yang sentiasa berada di sisi dia, rasanya benda tue jer kot yang dia minat,haha...



Sebelum pkol 12, aku kumpulkan semua member kita orang, dah rancang nak buat surprise dah tue. Tepat pada pukul 12 pagi, kami sekelompok budak nakal ni menceroboh bilik Meei Juin.  Pintu Meei Juin diketuk dengan kuat, setelah pintu dibuka, kami serbu masuk ke dalam biliknya serta menyanyikan lagu hari jadi untuknya.

Meei Juin yang baru terjaga dari tidur amat terkejut dengan tindakan kami tersebut dan menunjuk muka kurang puas hati dengan kita orang yang "kurang ajar" buat kacau dengan ketukan pintu yang tak tentu pasal.  Dia hanya mampu terganga di situ buat beberapa saat.

     Waktu "celebration" dijalankan.  Bilik Meei Juin dipenuhi dengan suara ketawa.  Kami bising, kami teriak untuknya, nasib baik tidak dikenakan tindakan oleh warden.... :)


     Walaubagaimanapun, sebelum saya tinggalkan poli, wujudnya sedikit konflik antara kita berdua.  Sedih sangat-sangat...

     Bagi Siew Ling, bukan senang untuk kita berjumpa dengan seseorang yang betul-betul boleh saling memahami yang sesuai untuk dijadikan kawan sejati.  Konflik tersebut tak pernah dikemukakan.  Tiada pertelingkahan, tiada pergaduhan, tiada segalanya, yang ada hanya hubungan yang semakin regang dan berjauhan... aku betul-betul sedih ...

     Sehinggalah... ... Alangkah kejamnya hati si gadis ini, sanggup mengeluarkan perkataan yang agak menyakitkan hati :

" Aku tidak lagi pentingkan dikau seperti mana yang kau pentingkan aku, aku jinak dengan sifat kau. "

     Sakitnya hati bagaikan pisau menusuk hatiku, aku nangis semalaman selepas menerima mesej sebegitu daripadanya.  Apakah salah aku? Aku hanya tidak mempunyai sifat tetap, aku just sentiasa bersifat berubah-ubah, adakah semua ini salah? Aku konfuse, sampai hati kau mengeluarkan patah perkataan sebegitu??? Sanggup kau! kejam kau!

Anyway, selepas konflik dalaman dengan diri sendiri selama seminggu lebih, aku juz nak meluahkan perasaan di sini: "aku tak menyesal sebab pernah berkawan dengan kau.  Kau tetap Meei Jiun yang special dalam hati aku, "Friends" tak perlu menimbang SIAPA yang SPEND LEBIH, ia hanya boleh ditimbang dari segi keikhlasan yang berkekalan."

Anytime u need a friend, just think about me. . .

http://www.youtube.com/watch?v=fNxXyKjiyoQ

Sekurang-kurangnya... ...

     Sebelum  aku tinggalkan poli, sebelum aku betul-betul tinggalkan dikau, aku pernah cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan kau... Sekurang-kurangnya... ... ... ... ...

Saturday 23 July 2011

Malam Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

MALAM JABATAN KEJURUTERAAN AWAM    




Add caption




     Malam JKA adalah malam Jabataan Kejuruteraan Awam yang diadakan khas untuk penyertaan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam.  Pelajar semester satu hingga semester enam adalah diwajibkan hadir pada malam yang indah.


     Malam JKA diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi setiap semester.  Malam JKA ini diadakan sekali bagi setiap semester.  

     Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu berjaya mendapat pointer 3.50 ke atas akan menerima anugerah Ketua Jabatan pada malam tersebut.  Saya adalah antara pelajar yang cemerlang dalam semester satu dan dua, hihi ^^


     Gelaran dan anugerah serta Sijil penghargaan akan diberikan pada malam tersebut.




     
          Tema pada malam tersebut adalah malam sekampung.  Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian kampung untuk dipertandingkan pada malam tersebut.  Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pelajar yang menepati tema pada malam tersebut.  


     Hahaha, video di  atas menunjukkan beberapa orang pensyarah kami dari Jabatan Kejuruteraan Awam.  Pensyarah-pensyarah dari Jabatan kejuruteraan Awam dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang diadakan serta merasmikan majlis penyerahan sijil anugerah ketua jabatan pada malam yang mulia itu. 

     Beberapa orang pensyarah yang biasanya kelihatan tegas dan garang telah meletakkan ego mereka seketika bagi menyambut malam kejuruteraan awam bersama-sama pelajar dengan keadaan yang lebih selesa.  Ini bermakna tiada wujudnya jurang di antara pelajar dengan pensyarah pada malam tersebut.  Keadaan ini membantu dalam mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dengan pensyarah dalam sesebuah Jabatan. :)



          Yang berada di dalam gambar yang ditunjukkan di atas ini pula adalah kawan rapat saya di Politeknik Mukah Sarawak. Nama diberi, Chin Meei Juin, dan orang panggil dia May June July. ^^  Dia merupakan pelajar top 1 dalam Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Mukah.  Dia berjaya mendapat pointer sebanyak 3.84 pada semester 1 dan seterusnya mendapat pointer sebanyak 3.93 pada semester kedua.  Chin Meei Juin, pelajar cemerlang dalam Politeknik Mukah Sarawak.  Saya telah meletakkannya sebagai contoh kepada diri sendiri.  Sifat-sifat kecemerlangan yang dimiliki harus dicontohi. ^^