Holiday lagi! kena buat apa ni untuk habiskan masa saya dalam masa
yang agak panjang ini. Saya telah pun berusaha dalam mencari apa-apa
sahaja perkerjaan yang sederhana untuk memanfaatkan masa cuti saya untuk
cuti semester ini.
Sangat bertuah, saya dapat kerja sebagai seorang pembantu
pendidik di sebuah taska, namanya taska Anakku. Itu merupakan kali
pertama saya memasuki taska. Sebelum ini saya sangat berharap agar
boleh mempunyai sebuah kenangan yang manis berkaitan dengan childhood
saya.
Padahal, disebabkan saya merupakan anak perempuan yang bongsu,
sebab itu saya tidak diberikan childhood yang seronok macam budak budak
lain. Waktu saya kecil, saya hanya dibenarkan duduk dalam rumah dan
mengikuti kakak-kakak untuk menonton rancangan-rancangan yang
berturutan. Saya tidak pernah mengerti zaman kanak kanak yang indah
macam orang lain, tidak pernah sesekalipun mengerti apa itu cartoon,
sebab tidak pernah terdedah dengan cerita cartoon yang selalunya
ditonton oleh budak-budak pada zaman ini. Tapi bagaimanapun saya agak
bersyukur dengan kewujudan saya di dunia ini.
Lepas bekerja di taska tersebut, saya banyak mempunyai
pengetahuan tentang "early childhood". Bukan senang bagi seseorang ibu
melahirkan anak, apa lagi untuk membesarkan anak-anak dengan memberikan
pendidikan yang sepatutnya.
Seseorang budak harus mempunyai environment yang baik untuk
memastikan perkembangan kemajuan kanak-kanak yang lancar. Sebelum ini,
saya agak memandang rendah tentang pendidikan awal kanak-kanak. Bagi
saya, asalkan tegas, tidak perlu memikirkan macam mana untuk mengajar
budak-budak. Padahal, saya yang salah selama ini. Seseorang yang baik
dari segi disiplin dan rohaniahnya berkait rapat dengan pendidikan dan
pendedahan yang diberikan oleh keluarga semenjak mereka kecil lagi.
Saya sangat bersyukur dengan pengalaman kerja saya untuk kali
ini. Saya banyak mempelajar cara-cara mendidik kanak-kanak secara
berkesan.
Sekiranya saya mengandung suatu hari nanti, saya akan mula mengajar anak saya
sejak dia dikandung dalam rahim saya lagi. Saya mahu jadi seorang ibu
yang sangat berjaya dalam mendidik anak untuk menjadi seorang insan
berguna.