Friday, 18 May 2012

Kenangan di taska Anakku

Holiday lagi! kena buat apa ni untuk habiskan masa saya dalam masa yang agak panjang ini.  Saya telah pun berusaha dalam mencari apa-apa sahaja perkerjaan yang sederhana untuk memanfaatkan masa cuti saya untuk cuti semester ini.

     Sangat bertuah, saya dapat kerja sebagai seorang pembantu pendidik di sebuah taska, namanya taska Anakku.  Itu merupakan kali pertama saya memasuki taska.  Sebelum ini saya sangat berharap agar boleh mempunyai sebuah kenangan yang manis berkaitan dengan childhood saya.


     Padahal, disebabkan saya merupakan anak perempuan yang bongsu, sebab itu saya tidak diberikan childhood yang seronok macam budak budak lain.  Waktu saya kecil, saya hanya dibenarkan duduk dalam rumah dan mengikuti kakak-kakak untuk menonton rancangan-rancangan yang berturutan.  Saya tidak pernah mengerti zaman kanak kanak yang indah macam orang lain, tidak pernah sesekalipun mengerti apa itu cartoon, sebab tidak pernah terdedah dengan cerita cartoon yang selalunya ditonton oleh budak-budak pada zaman ini.  Tapi bagaimanapun saya agak bersyukur dengan kewujudan saya di dunia ini.

      Lepas bekerja di taska tersebut, saya banyak mempunyai pengetahuan tentang "early childhood".  Bukan senang bagi seseorang ibu melahirkan anak, apa lagi untuk membesarkan anak-anak dengan memberikan pendidikan yang sepatutnya.

     Seseorang budak harus mempunyai environment yang baik untuk memastikan perkembangan kemajuan kanak-kanak yang lancar.  Sebelum ini, saya agak memandang rendah tentang pendidikan awal kanak-kanak.  Bagi saya, asalkan tegas, tidak perlu memikirkan macam mana untuk mengajar budak-budak.  Padahal, saya yang salah selama ini.  Seseorang yang baik dari segi disiplin dan rohaniahnya berkait rapat dengan pendidikan dan pendedahan yang diberikan oleh keluarga semenjak mereka kecil lagi.

     Saya sangat bersyukur dengan pengalaman kerja saya untuk kali ini.  Saya banyak mempelajar cara-cara mendidik kanak-kanak secara berkesan. 

Sekiranya saya mengandung suatu hari nanti, saya akan mula mengajar anak saya sejak dia dikandung dalam rahim saya lagi.  Saya mahu jadi seorang ibu yang sangat berjaya dalam mendidik anak untuk menjadi seorang insan berguna. 



No comments:

Post a Comment