Wednesday, 31 August 2011

Kawan baik


Friendship forever

Bukan senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan baik

"Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
 Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
 Sebaliknya kawan yang baik yang paling banyak membantu kawannya untuk mencapai kejayaan."

Itu lah kawan baik yang selalu dikatakan oleh orang ramai.
Mengikut kefahaman saya sendiri pula, erti dan definisi bagi "kawan baik" adalah jauh berbeza dengan pandangan di atas.

Bagi pandangan saya:

Kawan baik adalah kawan yang paling banyak buat kesalahan terhadap diri saya,
kawan yang baik adalah kawan yang memahami setiap kelemahan diri saya,
kawan baik adalah kawan yang selalu bergaduh dengan saya,
Sebab, kerana perselisihan dan pertelingkah tersebut lah yang membolehkan kami saling memahami antara satu sama lain.

Itu barulah erti kawan baik yang sebenarnya.

Kawan baik adalah seseorang yang sangat sangat memahami diri anda,
selalu bergaduh, selalu bertengkar, selalu ada konflik,
itu baru lah kawan yang ikhlas dan benar!

Kami kenal sejak sekolah tadika lagi, kami ber2 berada dalam kelas yang sama semasa di tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.  Di mana sahaja s.ling pergi, di situ juga ada kewujudannya. 

Dialah satu-satunya kawan yang betul-betul memahami s.ling, hubungan kami bertahan selama 15 tahun sejak kami berkenalan, adakah anda mampu mengekalkan sesebuah hubungan dalam tempoh masa yang sepanjang itu? 

s.ling seorang yang cuai, tak berhati-hati langsung dalam pertuturan, tingkah laku, dan sifat ini menyebabkan s.ling sering menyakitkan hati kawan-kawan tanpa kesedaran.  Tetapi, hanya dia sahaja yang tidak pernah tersinggung perasaan sekirannya s.ling pernah buat salah dengan dia.  Disebabkan sangat memahami, dia boleh menguasai emosi s.ling, s.ling sedih atau marah, dia sahaja yang boleh mengubah keadaan ini dengan senang-lenang dan memutarkan emosi s.ling kepada emosi yang positif.  Dialah satu-satunya individu yang istimewa bagi s.ling.  Siapakan si dia? 


敏美
Ini dia, Stephanie, seorang gadis yang cantik molek, dan yang penting sekali - hati yang tulus dalam perhubungan.

15 tahun, pelbagai kenangan dialami, tidak dapat dinafikan, hubungan kami berdua agak istimewa daripada pasangan kawan baik yang lain.  Kutuk-mengutuk takkan la tak ada, kecewa, sakit hati, marah, benci tak mungkin tak ada.  Tapi yang paling istimewanya, perasaan benci, kecewa, sakit hati, marah, geram, segala perasaan yang negatif tidak kekal lama, segala perasaan tersebut akan diakhiri dengan perasaan kasih sayang yang mendalam. 

Marah dekat mulut, tapi sayang dalam hati.  Kawan baik bukan sahaja menuju kepada seseorang yang hanya berkedudukan yang tinggi daripada anda, seseorang yang berjaya mengekalkan segala imej yang positif di hadapan anda, TETAPI adalah seseorang yang lama berada di sisi anda ,yang kita betul-betul saling memahami antara satu sama lain, itu lah erti sebenar KAWAN BAIK

Dulu kita kawan baik, sekarang tetap kita kawan baik, esok hari tetap  kita kawan baik.  Saya menghargai segala kenangan kita berdua sejak kecil lagi, 15 tahun!  Bukan senang nak kekalkan hubungan ini, I Miss You, Stephanie... ^^

Sunday, 28 August 2011

"Wonderful memory"
MINGGU SUAI KENAL POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

Itu lah first time aku menjadi facilatator - pembantu minggu suai kenal.  Pengalaman yang sangat istimewa.  Bayangkan Siew Ling tak pernah join apa-apa aktiviti sebelum ini, selepas masuk PMU, semua aktiviti saya mesti commit 100%.  Sayang sangat sangat dengan Politeknik Mukah. ^^

My best friend - Athabarani bin Osman
new sem 1 student's with me 
beside me there is my sis - Goh Siew Fang







Asalnya Siew Ling bersifat kurang sosial, jarang senyum dan tak suka bercakap dengan orang lain.  Apabila kakak S.Ling ajak nak join MSK, just ikot secara terpaksa sahaja.  Tapi lepas join jadi pembantu MSK, join kursus motivasi khas untuk facilatator, "it's totallay changed me".

kembar saya, hehe    :)

     Perasaan jadi senior memang best giler la, waktu kita orang jadi junior sem 1, kena buli senior waktu minggu suai kenal. Aha, kali ini pula kami yang berlagak jadi senior nak memimpin kelompok kemasukan baru ini sebanyak 400 lebih orang.  ^ ^

     Tetapi, sebelum kita orang ni menjadi kelompok pemimpin, kami perlu dihantar ke kursus kepimpinan di kem belia Mukah.  Pelbagai lathin kepimpinan telah diberikan.  Kem sepanjang tiga hari dua malam ini telah mengubah personaliti kami semua.  Semua peserta pembantu MSK telah menjadi individu yang berkeyakinan tinggi serta menunjukkan sifat kepimpinan yang agak maksimum. 

    Golongan pemimpin tidak boleh dilantik dengan sewenang-wenangnya, pengalaman dan  latihan adalah  kunci utama dalam menjayakan kepimpinan seseorang. Tanpa "Leadership" yang kuat, arahan yang diberikan tidak berjalan, maka tiadalah hasil kerja.

      Pemimpin yang cemerlang bukan sahaja boleh memberikan arahan secara berkesan, manakala boleh mengerakkan ahli kumpulannya dengan jalinan kerjasama yang kuat.  Pelbagai pengajaran kami dapat dari pengalaman menjadi pembantu MSK.  

      Sewaktu menjalankan tugas, masa tidur hanya lebih kurang 3 jam sehari, kami telah memberi komitmen yang sepenuhnya dengan tugas yang diberikan.  Sebanyak 100 orang pembantu MSK saling mengenali dalam masa satu minggu yang singkat.  Kasih sayang terjalin antara satu sama lain dalam tempoh masa yang singkat.

kasih sayang-favourites group.DAT


     Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan program kepimpinan, saya sangat menghargai pengalaman yang didapati daripada program tersebut.  Amat bersyukur kerana terpilih jadi PM.  And I miss u all, friends... :(  Kenangan indah tak dapat dilupakan ... ...

     Pelbagai pengalaman saya dapat dalam menjayakan program tersebut.  Bagi pendapat Siew Ling, pengalaman yang paling istimewa adalah pengalaman Siew Ling mula menyedari kepentingan bersosial dengan sederhana.  Seseorang akan berubah sikapnya yang cenderung dalam rendah diri sekiranya dia meluaskan pergaulannya dengan seimbang, Siew Ling sendiri boleh menjadi contoh yang baik dalam perkara tersebut.  ^^




Friday, 12 August 2011

Politeknik







 
      Dekat nak final dah nie, semua pelajar poli bertungkus-lumus utk menelan module-module yang ada.  Aku pula cbuk mengajar orang tapi bukan belajar, biasa la kalau orang yang penyibuk macam aku nie,hehe...

     Kalau dah dekat-dekat final nie, budak-budak laki baru la mula nak belek2 “lecture note” yang ada, suka sangat kerja last minit.  Time study week tue, perpustakaan bagaikan rumah kediaman bagi ulat buku yang rajin...  kita orang pergi study group kat sana dari pagi hingga petang, rajin kononnya…… ^^


     Waktu Study week nie, kuliah tak dijalankan, jadi kita orang buat lar group study sama-sama.  Tapi kalau buat jer study group, siew ling bukannya study pon, siew ling suka mengajar pula mereka yang kurang faham dalam apa-apa benda yang siew ling faham, sebab tue kalau buat study group, siew ling tak study pon, haha, itu la namanya "busy body".


      Time kita orang study tue, tak lupa juga nak main-main, kita orang tak la stress sangat belajar, sempat lagi sembang-sembang kosong, haha, tue la namanya study group.





    
     




      


       






cuba tengok! Ini lah benda-benda kita orang, “engineer” belajar nie, apakah, !!! bukan-bukannya susah.  Nama subjeknya – “mekanik structure”.  Seronok giler la main ngan formula-formula yang canggih-canggih nie…. 

     Walaubagaimanapun, aku hanya berjaya menamatkan pengajian selama dua semester sahaja di Politeknik, aku hanya mampu mengelar diriku sebagai pelajar poli selama dua sem shj.  :( Aku telah menghentikan pengajian aku selama setahun di PMU setelah menerima tawaran daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.  
  
     Life dekat Poli memang best giler la, memori itu tidak akan saya lupakanPoli's life sebenarnya adalah sebahagian "kenangan manis" dalam hidup aku....tapi part menangis kerana tak sanggup tinggalkan poli tu pula ..malu weyyy...hahaha.  

     “ Once I take the step, I will never take it back. Once I walk away, I will never try to turning back"        


      Walaubagaimanapon,thanks kepada the great experience ever.  At lease saya dapat merasa, walaupun cukup lah sekali sahaja kerana sekali itu lah yang buat kita rasa ia sungguh berharga, bukan?


  
     

Skuasy

 

     Hah? Wajib ambik subjek koko semester dua? Dah la 1 jam kredit dalam “carry mark”.  Oh tuhanku, aku tak minat sebarang aktiviti berkaitan dengan sukan ni.

     Aku tak suka berjemur la, dah la waktu kuliah dijalankan pada pukul 3 hingga 5 petang hari rabu, nak pilih sukan apa nie… 

     Last last, aku pilih juga sukan Nicole David, Skuasy.  Hehehe,kononnya nak jadi gadis hebat macam Dr. Nicole, pastu sambut bola pun x boleh, haiya, memalukan jer adalah… :(

     Lect. ckp kalau nak dapat 4.00 dalam subjek tu kena menonjol, aku nak menonjol camne nie? Aku pon konfuse sebenarnya aku yang tengah main bola ker atau bola tu yang tengah mempermainkan aku.  Letih ku kejar bola, tak dapat-dapat juga.

     Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya juga.  

     Selepas dua minggu kuliah dijalankan, Lect. pula bagitau pemilihan untuk latihan akan diadakan di kalangan pelajar baru daripada golongan kami ini.  Huiyo, baru dua kali jer “attend” g kelas, terus diadakan pemilihan, jadi kita org semua exicted sgt dengan pemilihan tersebut. 

     Sekali pemilihan dijalankan, S.Ling pula dipilih jadi calon untuk dijalankan latihan.  “Oh my God”, skuasy tu apa benda aku pon tak tau lagi, nak dihantar untuk pemilihan pula… aku tengah mimpi ke nie,tak caya,tak caya btol…  ^^

     Latihan yang lasak dijalankan setiap petang, habis kelas jer aku tampilkan diri di gelanggang skuasy.  Di situ bagaikan syurga aku pula, tempat yang aku first time terlibat dengan sukan. 

     Lect kata untuk menguatkan otot, aku perlu buat latihan dalam gymnasium pula, ambil berat macam lelaki biasa.  “amboi, risau pula kewanitaan aku hilang lepas angkat berat dipraktikkan setiap hari.”  Tiap-tiap hari bayangkan otot tangan aku yang berketul-ketul, jantan nampak aku pun cabut dah, aku nie blom ada pakwe lagi la… :(

     Ah, apabila tibanya waktu yang dinanti-nantikan, lect. mengumumkan keputusan pemilihan calon, hahaha, siew ling seorang jer gadis terpilih dengan seorang lagi wakil lelaki dari Politeknik Mukah Sarawak.

     Kita orang pon excited tanya ngan En. Awie nak pergi pemilihan kat mana nie, katanya kat “ Politeknik Merlimau Melaka” pula. Adoi, aku nie siapa la , baru pegang racket sebulan lebih jer dihantar pula ke semenanjung untuk pemilihan Skuasy?  (Tak boleh terima kenyataan ini) :D

Politeknik Merlimau Melaka
     Aku pon bertolak dengan Lect. dan wakil laki tersebut. Dah la dia org muslim, selalu jer ketepikan siew ling, cakap siew ling tak boleh join aktiviti riadah diaorang, benci la, aku rasa cam kena kurung dalam bilik berasingan jer, diaorang tak kasian langsung tgk s.ling nie kesepian. :(

     Pada hari pertandingan dijalankan,segala persediaan lengkap. Tiba-tiba jer Lect. tanya ngan s.ling brp umur s.ling, aku pon bgtau scr jujur la, 18 jer bha… Diaorang pula suruh siew ling pakai “goggle” yang tak guna tue, entah la dari mana dia orang jumpa, “goggle” bengkel lagi tue, aku diwajibkan pakai sepanjang pertandingan dijalankan…

     Gilalah…… aku tak pernah pon dilatihkan pakai benda tu sewaktu bermain skuasy.  Mari menyaksikan wajah lawak aku ketika memakai “goggle” yang tak gune tue…hehehe

gelanggang skuasy di Pusat  Melaka

     “Thanks God” , dengan adanya “goggle” tersebut, setiap pukulan tidak dapat disambut, aku bagaikan orang buta yang berkejar-kejar ngan bola.  Peluh menutupi segala cermin pada “goggle” tersebut,keadaan ini bagaikan cermin kereta hadapan yang tidak dapat dibersihkan, tepukan yang gemuruh daripada pihak lawan, sakit hati btol, aku rasa mcm nak patahkan “goggle” tue jer supaya da la alasan tak nak pakai benda tue…

     Boleh la juga aku sambut sebiji dua daripada pukulan tersebut, haha, keputusan yang agak memalukan serta mengecewakan, saya hanya mendapat nombor empat daripada kalangan 10 orang pemain yang menyertai pertandingan tersebut.  Em….. nak nagis btol ngan kputusan camtu, mana la aci…. :(

     Tapi tak apa la, apa yang sudah berlalu, dijadikan sebagai pengalaman dan kenangan yang indah, tak payah lah sakit hati ngan apa yang berlalu, kalau ada peluang lagi, saya janji akan buat yang terbaik untuk diriku… :D

                                            Imbas kembali, tinggal kenangan .  .  .  .  .  .