Sunday, 28 August 2011

"Wonderful memory"
MINGGU SUAI KENAL POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

Itu lah first time aku menjadi facilatator - pembantu minggu suai kenal.  Pengalaman yang sangat istimewa.  Bayangkan Siew Ling tak pernah join apa-apa aktiviti sebelum ini, selepas masuk PMU, semua aktiviti saya mesti commit 100%.  Sayang sangat sangat dengan Politeknik Mukah. ^^

My best friend - Athabarani bin Osman
new sem 1 student's with me 
beside me there is my sis - Goh Siew Fang







Asalnya Siew Ling bersifat kurang sosial, jarang senyum dan tak suka bercakap dengan orang lain.  Apabila kakak S.Ling ajak nak join MSK, just ikot secara terpaksa sahaja.  Tapi lepas join jadi pembantu MSK, join kursus motivasi khas untuk facilatator, "it's totallay changed me".

kembar saya, hehe    :)

     Perasaan jadi senior memang best giler la, waktu kita orang jadi junior sem 1, kena buli senior waktu minggu suai kenal. Aha, kali ini pula kami yang berlagak jadi senior nak memimpin kelompok kemasukan baru ini sebanyak 400 lebih orang.  ^ ^

     Tetapi, sebelum kita orang ni menjadi kelompok pemimpin, kami perlu dihantar ke kursus kepimpinan di kem belia Mukah.  Pelbagai lathin kepimpinan telah diberikan.  Kem sepanjang tiga hari dua malam ini telah mengubah personaliti kami semua.  Semua peserta pembantu MSK telah menjadi individu yang berkeyakinan tinggi serta menunjukkan sifat kepimpinan yang agak maksimum. 

    Golongan pemimpin tidak boleh dilantik dengan sewenang-wenangnya, pengalaman dan  latihan adalah  kunci utama dalam menjayakan kepimpinan seseorang. Tanpa "Leadership" yang kuat, arahan yang diberikan tidak berjalan, maka tiadalah hasil kerja.

      Pemimpin yang cemerlang bukan sahaja boleh memberikan arahan secara berkesan, manakala boleh mengerakkan ahli kumpulannya dengan jalinan kerjasama yang kuat.  Pelbagai pengajaran kami dapat dari pengalaman menjadi pembantu MSK.  

      Sewaktu menjalankan tugas, masa tidur hanya lebih kurang 3 jam sehari, kami telah memberi komitmen yang sepenuhnya dengan tugas yang diberikan.  Sebanyak 100 orang pembantu MSK saling mengenali dalam masa satu minggu yang singkat.  Kasih sayang terjalin antara satu sama lain dalam tempoh masa yang singkat.

kasih sayang-favourites group.DAT


     Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan program kepimpinan, saya sangat menghargai pengalaman yang didapati daripada program tersebut.  Amat bersyukur kerana terpilih jadi PM.  And I miss u all, friends... :(  Kenangan indah tak dapat dilupakan ... ...

     Pelbagai pengalaman saya dapat dalam menjayakan program tersebut.  Bagi pendapat Siew Ling, pengalaman yang paling istimewa adalah pengalaman Siew Ling mula menyedari kepentingan bersosial dengan sederhana.  Seseorang akan berubah sikapnya yang cenderung dalam rendah diri sekiranya dia meluaskan pergaulannya dengan seimbang, Siew Ling sendiri boleh menjadi contoh yang baik dalam perkara tersebut.  ^^




No comments:

Post a Comment