Wednesday, 31 August 2011

Kawan baik


Friendship forever

Bukan senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan baik

"Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
 Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
 Sebaliknya kawan yang baik yang paling banyak membantu kawannya untuk mencapai kejayaan."

Itu lah kawan baik yang selalu dikatakan oleh orang ramai.
Mengikut kefahaman saya sendiri pula, erti dan definisi bagi "kawan baik" adalah jauh berbeza dengan pandangan di atas.

Bagi pandangan saya:

Kawan baik adalah kawan yang paling banyak buat kesalahan terhadap diri saya,
kawan yang baik adalah kawan yang memahami setiap kelemahan diri saya,
kawan baik adalah kawan yang selalu bergaduh dengan saya,
Sebab, kerana perselisihan dan pertelingkah tersebut lah yang membolehkan kami saling memahami antara satu sama lain.

Itu barulah erti kawan baik yang sebenarnya.

Kawan baik adalah seseorang yang sangat sangat memahami diri anda,
selalu bergaduh, selalu bertengkar, selalu ada konflik,
itu baru lah kawan yang ikhlas dan benar!

Kami kenal sejak sekolah tadika lagi, kami ber2 berada dalam kelas yang sama semasa di tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.  Di mana sahaja s.ling pergi, di situ juga ada kewujudannya. 

Dialah satu-satunya kawan yang betul-betul memahami s.ling, hubungan kami bertahan selama 15 tahun sejak kami berkenalan, adakah anda mampu mengekalkan sesebuah hubungan dalam tempoh masa yang sepanjang itu? 

s.ling seorang yang cuai, tak berhati-hati langsung dalam pertuturan, tingkah laku, dan sifat ini menyebabkan s.ling sering menyakitkan hati kawan-kawan tanpa kesedaran.  Tetapi, hanya dia sahaja yang tidak pernah tersinggung perasaan sekirannya s.ling pernah buat salah dengan dia.  Disebabkan sangat memahami, dia boleh menguasai emosi s.ling, s.ling sedih atau marah, dia sahaja yang boleh mengubah keadaan ini dengan senang-lenang dan memutarkan emosi s.ling kepada emosi yang positif.  Dialah satu-satunya individu yang istimewa bagi s.ling.  Siapakan si dia? 


敏美
Ini dia, Stephanie, seorang gadis yang cantik molek, dan yang penting sekali - hati yang tulus dalam perhubungan.

15 tahun, pelbagai kenangan dialami, tidak dapat dinafikan, hubungan kami berdua agak istimewa daripada pasangan kawan baik yang lain.  Kutuk-mengutuk takkan la tak ada, kecewa, sakit hati, marah, benci tak mungkin tak ada.  Tapi yang paling istimewanya, perasaan benci, kecewa, sakit hati, marah, geram, segala perasaan yang negatif tidak kekal lama, segala perasaan tersebut akan diakhiri dengan perasaan kasih sayang yang mendalam. 

Marah dekat mulut, tapi sayang dalam hati.  Kawan baik bukan sahaja menuju kepada seseorang yang hanya berkedudukan yang tinggi daripada anda, seseorang yang berjaya mengekalkan segala imej yang positif di hadapan anda, TETAPI adalah seseorang yang lama berada di sisi anda ,yang kita betul-betul saling memahami antara satu sama lain, itu lah erti sebenar KAWAN BAIK

Dulu kita kawan baik, sekarang tetap kita kawan baik, esok hari tetap  kita kawan baik.  Saya menghargai segala kenangan kita berdua sejak kecil lagi, 15 tahun!  Bukan senang nak kekalkan hubungan ini, I Miss You, Stephanie... ^^

No comments:

Post a Comment