Hah? Wajib ambik subjek koko semester dua? Dah la 1 jam kredit dalam “carry mark”. Oh tuhanku, aku tak minat sebarang aktiviti berkaitan dengan sukan ni.
Aku tak suka berjemur la, dah la waktu kuliah dijalankan pada pukul 3 hingga 5 petang hari rabu, nak pilih sukan apa nie…
Last last, aku pilih juga sukan Nicole David, Skuasy. Hehehe,kononnya nak jadi gadis hebat macam Dr. Nicole, pastu sambut bola pun x boleh, haiya, memalukan jer adalah… :(
Lect. ckp kalau nak dapat 4.00 dalam subjek tu kena menonjol, aku nak menonjol camne nie? Aku pon konfuse sebenarnya aku yang tengah main bola ker atau bola tu yang tengah mempermainkan aku. Letih ku kejar bola, tak dapat-dapat juga.
Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya juga.
Selepas dua minggu kuliah dijalankan, Lect. pula bagitau pemilihan untuk latihan akan diadakan di kalangan pelajar baru daripada golongan kami ini. Huiyo, baru dua kali jer “attend” g kelas, terus diadakan pemilihan, jadi kita org semua exicted sgt dengan pemilihan tersebut.
Sekali pemilihan dijalankan, S.Ling pula dipilih jadi calon untuk dijalankan latihan. “Oh my God”, skuasy tu apa benda aku pon tak tau lagi, nak dihantar untuk pemilihan pula… aku tengah mimpi ke nie,tak caya,tak caya btol… ^^
Latihan yang lasak dijalankan setiap petang, habis kelas jer aku tampilkan diri di gelanggang skuasy. Di situ bagaikan syurga aku pula, tempat yang aku first time terlibat dengan sukan.
Lect kata untuk menguatkan otot, aku perlu buat latihan dalam gymnasium pula, ambil berat macam lelaki biasa. “amboi, risau pula kewanitaan aku hilang lepas angkat berat dipraktikkan setiap hari.” Tiap-tiap hari bayangkan otot tangan aku yang berketul-ketul, jantan nampak aku pun cabut dah, aku nie blom ada pakwe lagi la… :(
Ah, apabila tibanya waktu yang dinanti-nantikan, lect. mengumumkan keputusan pemilihan calon, hahaha, siew ling seorang jer gadis terpilih dengan seorang lagi wakil lelaki dari Politeknik Mukah Sarawak.
Kita orang pon excited tanya ngan En. Awie nak pergi pemilihan kat mana nie, katanya kat “ Politeknik Merlimau Melaka” pula. Adoi, aku nie siapa la , baru pegang racket sebulan lebih jer dihantar pula ke semenanjung untuk pemilihan Skuasy? (Tak boleh terima kenyataan ini) :D
Politeknik Merlimau Melaka |
Pada hari pertandingan dijalankan,segala persediaan lengkap. Tiba-tiba jer Lect. tanya ngan s.ling brp umur s.ling, aku pon bgtau scr jujur la, 18 jer bha… Diaorang pula suruh siew ling pakai “goggle” yang tak guna tue, entah la dari mana dia orang jumpa, “goggle” bengkel lagi tue, aku diwajibkan pakai sepanjang pertandingan dijalankan…
Gilalah…… aku tak pernah pon dilatihkan pakai benda tu sewaktu bermain skuasy. Mari menyaksikan wajah lawak aku ketika memakai “goggle” yang tak gune tue…hehehe
gelanggang skuasy di Pusat Melaka |
“Thanks God” , dengan adanya “goggle” tersebut, setiap pukulan tidak dapat disambut, aku bagaikan orang buta yang berkejar-kejar ngan bola. Peluh menutupi segala cermin pada “goggle” tersebut,keadaan ini bagaikan cermin kereta hadapan yang tidak dapat dibersihkan, tepukan yang gemuruh daripada pihak lawan, sakit hati btol, aku rasa mcm nak patahkan “goggle” tue jer supaya da la alasan tak nak pakai benda tue…
Boleh la juga aku sambut sebiji dua daripada pukulan tersebut, haha, keputusan yang agak memalukan serta mengecewakan, saya hanya mendapat nombor empat daripada kalangan 10 orang pemain yang menyertai pertandingan tersebut. Em….. nak nagis btol ngan kputusan camtu, mana la aci…. :(
Tapi tak apa la, apa yang sudah berlalu, dijadikan sebagai pengalaman dan kenangan yang indah, tak payah lah sakit hati ngan apa yang berlalu, kalau ada peluang lagi, saya janji akan buat yang terbaik untuk diriku… :D
Imbas kembali, tinggal kenangan . . . . . .
No comments:
Post a Comment